Wednesday, June 17, 2009


Kelantan Tuntut Royalti Minyak RM1 Bilion

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara itu. Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menngeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu. Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Sementara itu, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai. "Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

1 comment:

Followers

About Me

My photo
orang kedah yg mesra & 'happy go lucky'